Apabila kau berteman,
Janganlah kerana kelebihan,
Mungkin dengan satu kelemahan kau akan menjauhinya...
Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan kau akan membencinya...
Andai kau ingin bersahabat,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu kau akan menfitnahnya...
Andai kau ingin berkawan,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana apabila ia muram kau akan menyalahinya...
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya kerana dia hanyalah manusia biasa.......!?